Bermain Musik
Seseorang pernah berkata bahawa "dalam setiap peperiksaan pasti ada si celaka yang membuat bising". (Dan sesorang itu adalah aku). Pasti ramai yang pernah mengalami situasi yang mengamit perasaan seperti ini. Dalam banyak-banyak masa, masa inilah yang dipilih si dia untuk menunjukkan bakat muzik mereka. (secara sengaja atau tidak sengaja). Sebilangan orang merasakan ianya mengganggu. Sebilangan orang merasakan iannya tidak mengganggu. Sebilangan lagi keliru antara pilihan mengganggu dan tidak mengganggu (patutlah mereka tidak dapat menjawab exam). Anda pasti tertanya-tanya, siapalah yang berani mengalunkan irama Party Rock Anthem (everyday im shufflin) ketika orang lain sedang intense menjawab soalan kimia??
Sila tengok tajam kearah cermin kerana orang itu adalah ANDA...
![]() |
| Ya...awaklah orang itu!! |
Melakukan bunyi-bunyian merupakan perkara natural bagi seorang yang tidak tahu lansung hendak menjawab soalan exam. Jadi jangan rasa rendah diri. Ini adalah cara yang baik untuk menghabiskan masa. Contoh bunyi-bunyian musik ketika exam adalah bunyi *klik *klik pen, tapping kaki mengikut rentak, batuk lakonan berirama dan drum meja menggunakan jari. Orang lain mungkin akn berasa ingin menerajang sahaja wajah anda jadi untuk mengelakkannya mainlah lagu kegemaran mereka seperti lagu Maher Zain. Tak ke tenang hati mereka ingin menjawab soalan.
Senaman
Setelah stay up malam semalam untuk study, membakar minyak tengah malam (google translator :burning the midnight oil) lah katakan, pasti setiap otot dan ligamen anda terasa dinodai sahaja. Buat sakit spinal cord anda sahaja, exam still tak boleh nak jawab. Oleh kerana sifat anda yang kurang aktif bersukan (lebih-lebih lagi nerd dan wanita), apa kata anda ambil peluang ini untuk melakukan senaman ringan. Bukannya anda boleh jawab exam pun!
Berikut adalah jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan:
- memulas-mulas leher anda
- memutarkan spinal chord menggunakan kerusi sebagai paksi
- regangkan tangan ke udara sambil menggeliat (lebih nikmat jika disertakan bunyi..urghh)
- mengimbangkan alat tulis di celah hidung dan mulut. (lagi hebat semua alat tulis)
- mengangkat meja ke udara dengan menggunakan kaki. (yang pakai baju kurung jangan ngada-ngada)
Ada yang menujukan soalan rambang kepada saya, " Bolehkah kalau saya ingin mengangkat dumbbell ketika exam?" Saya menjawab boleh! Dan sudah tentu saya menipunya. Naif sungguh. Kalau mengikut logik, bagaimanakah kita ingin menyuludup dumbbell 5kg ke dalam exam hall. Beku sungguh otak mereka. Patutlah tidak dapat menjawab exam.
![]() | |
| Maaf Rashid...awak tidak boleh bawa masuk ini ke dewan peperiksaan!! |
Memanipulasi Soalan
Ok, ok semua. Anda semua sudah berjaya mengharungi kekosongan diantara ruang dan waktu anda tidak dapat menjawab exam. Tahniah. Tetapi, jangan seronok sangat. Cuba lihat jam anda. *para pembaca masing-masing melihat kearah jam* Hey, Hey, Hey...jangan menangis ok. Masih banyak masa lagi bukan. Apa kita jawab sahaja soalan. Dengan gaya tersendiri. Gaya Memanipulasi.
Misalnya:
SOALAN: Explain the process of gene cloning?
JAWAPAN ANDA: Saya tahu jawapannya. Serious. Namun, apakah yang En. Invigilator ingin lakukan dengan maklumat ini. Nak clone human. Hahaha. Nice try! Saya tidak akan tertipu. Tapi seriously...saya tahu jawapannya. So, bagi markah....seriously!
SOALAN: What is stronger than metal?
JAWAPAN ANDA: Please lar! Please! Come on, tanyalah soalan yang lebih mencabar. Mudah sangat. Saya refuse untuk menjawab kerana mudah sangat. Ahah. En. Invigilator mesti ingat saya tidak tahu jawapan bukan?? . Tetapi, serious saya tahu. Saya beri klue. Ia bukan Batman. So, beri saya markah. Pantas!!
SOALAN: I know you know the answer but for God sake PLEASE ANSWER THE NEXT QUESTION!! WHAT IS AN OMNIVOR??
JAWAPAN ANDA: Urmmm....err.....Nurul Elfira Loy??
![]() |
| En Invigilator: ARRRRGGGGGGHHHHHHHHHHHH!!!!! |
So kalau menjawab begini pasti examiner (aku tahu bukan En. Invigilator) akan ragu-ragu sama ada ingin memberi anda markah atau tidak. Kalau saya, pasti saya beri markah. Kalau saya lah. Saya bukan examiner. Saya peminat elfira loy sahaja.
Kalau anda melakukan apa yang saya sarankan dari awal hingga akhir anda pasti sudah beberapa saat sahaja lagi akan tamat exam anda. Lihat En. Invigilator sedang pantas mengutip kertas. Hahaha. Gelakkan rakan anda yang masih tidak siap menulis jawapan (tidak baik). Anda sudah mengikat kertas anda dengan kemas. TAHNIAH. Anda berjaya menghabiskan waktu exam anda....dengan bergaya!




3 comments:
okay part bermain muzik tu aku selalu buat..memang lagu neon trees je ah keluar sebab exam lepas worldstage..haha
haha...aku faham perasaan kau!!
hahaha kau tak pernah mengecewakan aku..
Post a Comment