skip to main | skip to sidebar

Lamunan Halimunan

Pages

  • Home

Sunday, July 17, 2011

Kelebihan Seorang Class Rep Chemist


"with every power lies a great responsibility"
Seriously Spiderman! Seriously! Setakat watak fiksyen kau tak payah nak cerita pasal power. Lompat bangunan sini sana, pakai suit labah-labah kau nak gelabah cerita pasal kuasa. Kau haiwan penipu! Kau tahu siapa yang lebih berhak nak cakap pasal kuasa. CLASS REP CHEMIST!! YA Class Rep Chemist!! Manusia biasa yang memiliki kuasa yang tulen. Tiada Bullshitt!! Tiada crap!! Hanya manusia jujur menjalankan tanggungjawab untuk kebaikan yang lebih baik.





Spiderman bukan kelas rep chemist. Dia tidak tahu apa-apa.

Awal semester ini, dengan secara rela (atau ditipu rakan-rakan seperjuangan...aku lupa) telah dilantik memikul tanggungjawab yang besar sebagai Chemistry's Class Representative. Bergaya bukan. Oleh kerana tamak dengan gelaran takhta yang akan diberi dan kerana memikirkan tugas hanya setakat fotostat note aku menerima tugasan. Alangkah indahnya dunia, aku ditipu. Rupanya, lecturer Chemist aku juga event coordinator MARA (or sumthin like that). Jadi kerja yang dilakukan juga berllipat kali ganda. Sepanjang menjadi class rep aku menemui banyak kelebihan yang aku perolehi. Ini adalah beberapa kompilasi kelebihan yang aku terima.


INFORMASI AWAL


Sebagai seorang kelas rep, sudah tentu segala informasi berkaitan kelas dan juga informasi tentang perihal biasiswa juga akan diterima aku dahulu. First hand!! Tidak ada ditapis-tapis! Ini secara tidak langsung membangkitkan perasaan riak dan berkuasa dalam diri. Korang pasti pernah melaluinya dimana korang mengetahui sesuatu maklumat penting yang orang lain tidak tahu. Kamu rasa dapat tinju sahaja setiap wajah rakan kamu. Itulah kuasa informasi. Mereka mungkin tahu Zwitter Ion reaction . Mereka bijak. Anda tidak. Terima fakta itu. Namun begitu, apa guna study Zwitter Ion jika tiada kelas chemist. Hahahaha (mari gelak bersama aku). Kamu faham bukan (kalau still tidak faham, silalah buat-buat faham. Lebih mudah buat aku kalau begitu). Kekuatan Informasi yang kamu seorang sahaja yang tahu. Kamu rasa kamu lebih bijak dari rakan kamu yang paling bijak. Itulah perasaan seorang kelas rep chemist yang baru sahaja menerima maklumat.Kamu tidak akan pernah faham akan perasaan aku. Kamu bukan kelas rep chemist.


POPULARITI MENINGKAT


Aku seorang lelaki yang  sunyi. Tidak! Tapi kamu faham maksud aku. Sebelum menjadi kelas rep aku hanyalah seorang lelaki. Setelah menjadi kelas rep,  aku seorang lelaki yang popular (sila perhatikan repitisi yang digunakan...kagum bukan).  Setelah menjadi kelas rep, kini kehidupan sosial aku meningkat. Dahulunya, aku kerap mendapat sms dari maxis sahaja. (dan beberapa orng yang aku malas nak text balik). KIni, setelah mendapat takhta, aku kerap mendapat mesej dari orang sebenar. Mendapat panggilan pada waktu tidur aku. Ini tidak pernah berlaku! Walaupun semuanya berbaur kerahan untuk mengpostpone kan kelas atau menyuruh aku membuat kerja lebih(urgh), sekurang-kurangnya aku semakin popular. Aku faham, disebalik mesej kerahan (urgh) itu , aku percaya masih ada nilai kasih sayang. Post aku difacebook juga kerap diLIKE.Amacam popular bukan. OK..aku bohong. Hampir separuh kapasiti text aku diterima  dari lecturer chemist sendiri. 
 
 
Jangan menangis kelas rep...jangan!!
 
So, adakah aku rasa aku ni orang yang penting sekarang. Mungkin. Kalau konteks penting yang dimaksudkan orang yang pernah tweet bersama Elfira Loy, Ya mungkin aku kata aku penting juga. Ada juga yang mengatakan wajah aku seperti Orlando Bloom (ini bukan penipuan). Aku tidak faham apa yang ingin dicapai. Itu sifat stalker bukan.


MEMALSUKAN MAKLUMAT

 
Oleh kerana banyak panggilan sosial diterima berbaur kerahan yang membawa aku kerja overtime sebagai kelas rep, aku memalsukan maklumat. OK....aku mohon maaf. Kadang-kadang kamu semua minta yang bukan-bukan. Kamu minta kelas dipostponekan, kuiz dibatalkan dan aku dilucutkan jawatan semata-mata sebab kamu semua ingin tidak hadir kelas. Came on!! Aku sayang  kamu semua. Pernah sekali (ok banyak kali jugak aku rasanya) orang mintak aku postpone kelas. Ia berbunyi seperti ini....


Pelajar A: Hai BOBO(aku), boleh tidak mintak madam postpone kelas atau awalkan kelas esok. Aku ingin memancing ikan di lautan emas lar esok.


Aku: Ok....aku cuba.


Selepas setengah jam tidak mencuba....


Aku:Yo pelajar A...madam kata tidak boleh lar


Pelajar A:  Alah...yeke :(..anyway thanks bobo....

Hahaha (mari gelak bersama aku)...naif sahaja mereka percaya bulat-bulat. Tidak! Ini semuanya salah dan tidak baik! Aku hanya lakukan ini jika permintaan mereka agak terlampau ekstrim. Kamu tidak boleh berikan aku beras dan suruh aku jadikannya bubur. Aku tidak tahu memasak. Kamu faham analogi itu bukan. Kadang-kadang pemalsuan harus dilakukan agar kebaikan yang lebih baik dapat pemalsuan yang lebih baik dicapai. Maaf aku paksa kamu baca benda yang mengelirukan.  

PEMBAWA BERITA BAIK

Semenjak menjadi class rep, aku sering menyampaikan berita yang menyenangkan (dan mengelirukan). Kelas dibatalkan, tiada kuiz, kelas ditangguhkan. Bila kamu menyampaikan berita terbaik ini, orang lain akan memandang mulia terhadap kamu. Mereka mula hormat terhadap kamu. Mereka lupakan kesalahan kamu terhadap mereka (berkaitan memalsukan maklumat). Kamu merasakan ini satu pembohongan?? Aku rasa ini juga satu pembohongan dari aku sendiri sehingga aku melihat ini....
lihatlah dunia!!


Kamu lihat, betapa serononoknya mereka. Sehingga ada yang ingin melaksanakan tahajud kerana teruja tiada kuiz. Sebaik-baik berita baik adalah berita baik yang disebarkan pembawa berita baik terbaik. Hahaha. Renung-renungkanlah.


Oleh kerana dua minggu lagi akan tamatlah tugas aku sebagai kelas rep, aku ingin merakamkan berjuta-juta terima kasih kepada yang memberi sokongan penuh kepada pekerjaan tetap aku. Terima kasih khas kepada Afiqah Syazwani, yang sering membantu menyampaikan note chemist kepada pihak wanita dan meredah tugas yang diberi penuh kecekalan. Anda memudahkan kerja saya. I owe you one (patut belanja dia aiskrim...mungkin??). Thanks juga kepada Nani yang tidak habis-habis mengganggu hidup aku dengan jadual bas . Terima kasih Nani. Thanks juga kepada semua ahli kelas yang memberi kerjasama kepada saya. Saya sayang kamu semua...sehingga berjumpa lagi.
Posted by Kasymir at 2:41 AM Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: chemistry, kelas, kelebihan, kuasa, rep, spiderman

2 comments:

faisal said...

kah kah kah

July 19, 2011 at 6:53 AM
Abesa007 said...

update la bro

August 1, 2011 at 2:33 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

Kasymir
View my complete profile

Jumlah Stalker

Labels

  • awkward (1)
  • babies (1)
  • bayi (1)
  • chemistry (1)
  • kelas (1)
  • kelebihan (1)
  • kuasa (1)
  • rep (1)
  • spiderman (1)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2011 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ▼  July (1)
      • Kelebihan Seorang Class Rep Chemist
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

Pengikut Setia

Powered by Blogger.
 
Copyright (c) 2010 Lamunan Halimunan. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes