Setiap blog yang hebat dimulakan dengan muqadimah. Setiap blog yang tidak hebat juga dimulakan dengan muqadimah. Ini muqadimah saya...
Pagi itu pagi yang baik...cuacanya sungguh cerah....
Pagi itu pagi yang baik...cuacanya sungguh cerah....
Oleh kerana aku lelaki luarbiasa yang tegap...aku menghabiskan pagi yang cerah itu dengan menonton Ugly Betty....
Apa!! Kamu kata aku bapok!!....habis tuh korang tengok Gerak Khas the Movie ada aku bising...hey, never judge a man by the television show he is watching...NEVER!!...(melainkan kalau lelaki itu tengok siri drama korea dan jepun)
Kita berbalik kepada story yang asal...
Semasa aku sedang menonton Betty Buruk di tv...kedengaran anak-anak nakal bermain loceng rumahku...Urgh...ni mesti kes tidak ada playstation di rumah mereka..(Tips untuk bapa: anda buka bapa yang baik selagi anda tidak BELI PS2 UNTUK ANAK ANDA- you are welcome budak-budak kecil). Aku mahu ignore sahaja bunyi loceng itu tapi apakan daya. Aku lelaki yang peramah....So aku selak langsir...tengok siapa yang kurang hajar sangat...
Wait a minute!!...itu bukan budak kecik...Itu lelaki berumur 30an yang berwajah seperti Jalaludin Hasan...ARGH.. mesti nak jual barang nih...
Tanpa membuang masa aku terus bertukar karakter aku menjadi Baim Wong, berpura-pura menjadi pembantu rumah.
"Maaf ya pak, ibunya enggak ada di rumah...jadi kiranya bapak boleh berambus dari sini..tidak pun bapak cuba saja jual di rumah sebelah...tuannya kaya, pak...kaya." aku menunjukkan rumah sebelah....manalah tahu dia mahu merompak....
"Tak, saya bukan nak jual ba- tunggu sebentar" dia berhenti. Aku kira penyamaranku sudah gagal...sia-sia aku tengok astro Kirana selama ni..
SIA-SIA..
"Kamu nih...Kasymir(nama sebenar dirahsiakan) bukan, kamu pernah disepak masa di Tadika Maria, dikejar anjing liar semasa di sekolah menengah, membela misai semasa selepas SPM untuk kelihatan seperti Johny Depp, betul tak..BETUL TIDAK??"
Wat de wat??? Faktanya semua tepat....siapa dia nih...siapa..Tidak kesahlah...
"Ya..saya Kasymir. Awak ni Jauhari bin Jailani, wakil bola sepak Taman Baharu, periksa darjah satu bernombor 15, menyepak seorang pelajar Tadika Maria yang comel pada umur 4 tahun dan bekerja sebagai LOSER menjual barang dari rumah ke rumah...BETUL TIDAK?"aku test skill psikik aku..manalah tahu ianya berkesan...
5 minit kemudian dengan kurang hajarnya dia menjawab...."Tidak."
CHAPTER 2(walaupun tiada chapter 1)
"Erm...Encik Jalal nak minum apa-apa?" aku bergurau sahaja...yelah..memandangkan skill membancuh air aku pada tahap negatif.
"Tidak apalah...saya dah lama berhenti 'minum'. Lagipun saya nak memandu lepas ni. Berbahaya kalau memandu di bawah pengaruh ni..boleh jadi accident." katanya berjenaka (ataupun tidak..tak tahulah apa maksud minum yang dinyatakan)
"Lagi satu Kasymir, nama saya Rushdan....bukannya Jalal" sebutnya dengan nada aku kira agak neutral. Dia dari tadi lagi tidak habis-habis bermain dengan Mac Powerbooknya. Mungkin obses dengan mengupdate FB...yelah bukan selalu dia bersama dengan remaja yang tegap dan kacak...take your time Rushdan
"Kasymir, tengok nih" dia putarkan powerbooknya ke arah aku. Apa yang aku harap dia tunjukkan, dia tidak tunjukkan (kepada kaum lelaki sahaja - kamu faham maksud aku bukan *wink*wink*)
Reaksi aku bermula dengan bismillah (beriman tidak wahai pembaca). Kemudian diteruskan dengan watde??...urgh...argh...eww... dan diakhiri dengan bwek... Di skrin powerbooknya aku kira kompilasi blog yang paling *masukkan ayat yang anda gemari disini* pernah aku lihat.
Ouh...dan fakta menariknya...daripada 10 blog yang aku baca 13 daripadanya adalah kaum wanita...yer kaum WANITA..
Ini membawa balik memori pahit...Ingat lagi kaum lelaki, kamu menangis dimaki bapa kamu apabila bilangan wanita lebih banyak di IPTA...Ingat lagi betapa kecewanya kamu waktu kamu berlari-lari di stesen untuk mengejar KTM di koc tengah dan ia dikhaskan untuk wanita...Dan kini bas rapid kl pula menjadi mangsa...(Guys its okay to cry)...ALERT KAUM LELAKI....diorang sedang mengambil alih dunia....sekarang melalui blog..
"Kamu lihat sendiri keganasan mereka...sebab itulah kami perlu pertolongan awak" jelas Jal-..ops...Rushdan
"Tapi...kenapa saya?" aku sudah tahu jawapannya tetapi sahaja menggedik.
"Kerana awak sahaja yang mampu mengubahnya......dan awak sahaja yang senang dipengaruhi.....dan juga Mawi tidak mahu membantu kami"
Ya...aku tahu aku sahaja mampu mengubahnya (walau apapun -nya yang dimaksudkan). Aku masih ingat lagi apabila guru sekolah rendahku berkata siapa hilang duit RM2 di padang...semua kelihatan diam...mungkin takut dengan tanggungjawab yang akan dipikul. Dalam 35 orang pelajar dalam kelas itu...seorang pelajar yang mengangkat tangan mengaku kehilangan duit...dia seorang sahaja yang berani mengubahnya...dan dia adalah saya (sila masukkan bunyi tepukan anda)...terima kasih..
Tapi....ini adalah tanggungjawab yang besar...Besar Punya....Tidak mungkin aku akan lakukannya..
"Tidak mungkin kamu akan lakukannya...saya dah agak dah. Sebab itu saya bawa ini sebagai ganjaran." sambil dia mengeluarkan sesuatu dari baju kemejanya...tunggu sebentar...macammana dia boleh baca fikiran aku...
Pada waktu itu...aku yakin walau apapun dikeluarkan oleh Encik Rushdan duit, percutian ke bangkok, gitar eletrik Fender baru mahupun MyVi sebiji, tidak akan buat aku melakukannya....
Tunggu sebentar....adakah itu.....
"Ya...ini adalah gambar ANNA CHAPMAN"
Tanpa membuang masa...aku terus bersetuju dan kami terus bersalaman...dan kemudian berpelukan....dan tidak lebih dari itu..
3 minit kemudian...disinilah aku dihadapan keyboard menaip untuk kamu...
Saya ucapkan....selamat datang...dan sebagi hadiah kamu membaca...saya beri kamu....
![]() |
| anna chapman |
WOW....baru kamu tahu betapa berbaloi membaca blog ku..have a nice day.

1 comments:
"wat the" muqadimah...Here a clap 4 ya..!!!(waitin for next entry)
Post a Comment