![]() |
| hospital milik en. ramaiah. |
En Ramaiah.
Pemilik Kolej perubatan, kolej kejuruteraan, kolej pergigian dan segala macam kolej.
Juga Pemilik bangga hospital Ramaiah.
Semuanya di satu kawasan.
Dia Punya satu teori.
Maka, pada semua kawasan miliknya, perlu ada konstruksi.
Perlu. (ditegaskan) sentiasa ada kerja raya.
Tidak kesahlah bagaimana.
Kerana, pada pemahamannya.
Jika berhenti konstruksi, maka nasib malang akan menimpa.
Petanda buruk!
Mungkin, jika berhenti,
Kolejnya akan ditelan bumi,
Keluarganya akan jadi papa kedana,
Lembu di jalan raya akan mampu berkata-kata,
Mungkin juga pemandu auto akan tidak menipu,
Mungkin [penegasan] pemandu auto tidak akan menipu.
(Oh....kalaulah semua itu berlaku)
dan dia percaya semua itu.
Boleh jadi.
Semua itu karut belaka.
Namun. Dia tidak mahu mengambil risiko.
Maka, sejak dari itu
Tidak pernah saya lihat,
Konstruksi di ramaiah berhenti.
Kerana.
Dia percaya dengan nyawanya
akan teorinya itu.
.................................................................................................................................................................
Boleh jadi. Suatu senja.
Ditanya pada kamu kembali.
Apa kamu punya teori.
Kamu percaya
dengan nyawa kamu sendiri.
