skip to main | skip to sidebar

Lamunan Halimunan

Pages

  • Home

Sunday, March 18, 2012

Situasi Imaginasi 2

agak bodoh jika membaca bab 2 tanpa membaca bab1 jadi anda boleh baca di sini






BAB 2


Tidak pernah dalam seribu tahun aku fikirkan semua ini akan berlaku. Tapi. Yup. Ia sedang berlaku.

Malam  ini. Aku selamatkan seorang manusia. Dia kurus dan hodoh orangnya, tetapi dia tetap manusia. Perasaan ini tidak aku dapat gambarkan dengan kata-kata. Jadi aku beatboxing. Aku mahir dalam beatbox. Bzzz bfftt bzzzz bffft bzzzz. haha. Hebat bukan cubaan aku beatboxing.

Semua pelanggan lihat kearah ku dengan pandangan kagum. Melihat seorang doktor menyelamatkan manusia. Siapa tidak kagum!


“ Terima kasih doktor” kata si makcik. Ibu kepada remaja tercekik.

“ Jangan berterima kasih pada saya. Saya kenakan harga untuk ini semua. Awak kena bayar awak tahu tak? ”

“ Huh? ”

“ Yup. Nanti saya hantar bil di rumah awak. Saya terima tunai dan cek ?

” Bzzz bfft bzzz bffft bzzz bfftt “ makcik itu beatbox tapi dengan nada marah.

“ Ok. Ok. Selalunya saya tak buat macam ni. Tapi kalau mak cik tak ada duit sangat, mak cik boleh bayar dengan mesin bekam. Saya perlukan satu untuk klin-.......” aku berhenti.


Aku diganggu oleh wajah hodoh yang lain.


“ Doktor, urm...saya bukan nak gangu ke apa...tapi doktor sedar tidak, remaja tercekik tadi masih tidak sedarkan diri? Kami dah nak tutup dah ni...so kalau doktor nak buat apa-apa untuk selamatkannya” kata pelayan “kalau tidak, kami nak dispose jer badan dia dekat belakang bukit. Kami selalu buat macam itu”

“Apa!?”

“OK. Macam ini. Belakang bukit ini ada gaung besar, so kitaorang selalu lupuskan mayat dengan campakkan ke dalam gaung. Biasanya 2 atau 3 hari bekerja, mayat itu hilanglah. Di makan serigala. So, doktor jangan risau, tak ada orang akan tahu.”

“Huh?!  Apa?! Bukan pasal itu..Apahal dia tak sedarkan diri lagi?”

“Ouh. Mungkin doktor tak perasan tapi lepas doktor buat Heimlich maneuver tu doktor terus celebrate! Orang yang tercekik itu tidak pernah sedarkan diri lagi! Kami ingat doktor sengaja!”

Oh ya. Betullah tu. Lepas partikel asing keluar dari mulutnya, aku terus salam orang terdekat. Biasalah itu.

Aku terus bergegas ke arah mangsa. Dalam perjalanan ke sana aku terbalikkan tiga buah,meja dua set kerusi dan satu mesin steamboat. Sekali lagi, aku mahu mereka tahu aku, seorang doktor sedang  datang.

Serius. Bukan raut wajahnya. Tapi keadaannya. Dia masih terlantar di atas lantai dengan posisi supine. Kelihatan ada raut lebam di wajahnya. Mungkin terhantuk bucu meja lepas aku campak dia untuk celebrate. Accident happened dude! Dadanya juga dilumuri cecair merah. AHAH. Cecair merah! Kami doktor, panggilnya darah. Terlalu saintifik untuk orang umum bukan. Jadi mari kita panggilnya "cecair merah" sahaja.


" YOU, GO CALL AMBULANCE!!!" aku, sambil menuding jari tanpa melihat. 

Jantungnya terluka. Ini bukan nama lagu Misha Omar ke apa. Serius jantung remaja terluka kerana tertembus thoracic cage sendiri. Mungkin semasa menjalankan prosedur heimlich maneuver, remaja itu tidak dapat menahan daya yang dikenakan ke thoraxnya akhirnya menusuk jauh ke jantungnya. Jantungnya kini berdarah. (masih lagi bukan lagu Misha Omar).

 Aku tidak dapat melakukan apa-apa. Cuma menanti bantuan. Perlu hantar dia segera ke hospital.



" Tuan, maafkan saya. Tiada ambulans akan datang. Di sini tiada line coverage. Ini restoran mewah di atas pulau terpencil di puncak bukit. Kami boleh bakar sampah untuk hantar pesanan S.O.S tapi itu akan mengambil masa 13 hari bekerja." kata seseorang berpakaian seperti Iron Chef warna Emas.

Arghhh. Aku lupa. Ini restoran mewah di atas pulau terpencil di puncak bukit. 13 hari bekerja satu jarak masa yang panjang. Cis!

Iron Chef Emas. 

" Apa yang boleh kita lakukan doktor" kata Iron Chef Emas.



" Tak ada apa lagi yang boleh kita lakukan. Saya tak ada peralatan mencukupi untuk selamatkannya. Campaklah dia ke dalam gaung Biar dia dimakan serigala ! "



"Apa! Kita tak boleh mengalah doktor. Jika peralatan dissection doktor perlukan saya boleh sterilisedkan semua alat-alat memasak saya" Iron Chef Emas berkata sambil memandang  tepat  ke mata "Doktor, tolonglah jangan mengalah"

"Hmm....saya boleh cuba. Saya tahu ini soalan bodoh untuk di tanya di restoran, tetapi Iron Chef, tolonglah beritahu saya awak ada jantung lebihan di dalam restoran ini!"

"Ini mungkin hari baik awak doktor. Syukur, kami ada jantung lebihan di sini. Kami bukan ada satu tapi ada dua jantung.  haha. Jantung pisang dan jantung kerbau"

" Awak bergurau ke apa! Come on, mana boleh heart transplant dengan jantung pisang atau jantung kerbau. Itu idea mustahil."

" Maafkan saya."


Urghhh. Mereka ini kadang-kadang suka mengemukakan idea mustahil. Heart transplant dengan jantung pisang. Jantung kerbau! That is so crazy. So crazy. So crazy. SO CRAZY THAT IT MIGHT WORK. (confession: aku curi line ini dari movie disney)

" Hey Iron Chef, jangan putus harapan lagi. Pergi siap sedia jantung dengan peralatan diseksi. I HAVE SURGERY TO PERFORM" 

"Baiklah" sambil mengusap air mata kegembiraan.

Aku mula melakukan pembedahan ke atas remaja tercekik. Darah sini sana memercik sambil aku cuba mengeluarkan jantung terluka. OK. Mari pura-pura restoran ini ada bypass machine (pergi google benda ini).  Aku gabungkan bypass machine pasangkan sini sana jahit sini sana. Aku letakkan jantung kerbau dan gabungkan inferior superior venacava, pulmonary artery dan vein dan aorta ke jantung barunya.  Ku tutup balut lipat jahit semula. Aku percaya ini manusia pertama dengan jantung kerbau dan jantung pisang berfungsi secara simbiosis untuk mengepam darah keseluruh badan. Dia aku kira seperti transformer.

" Im done"  aku berkata sambil berpura-pura mengusap peluh.


Semua pelanggan bertepuk tangan, menjerit kegirangan. Aku double check remaja tercekik tadi supaya kali ini dia betul-betul stabil sebelum aku celebrate. 


Yup. Dia masih hodoh tapi dia stabil.


Pantas ku panjat meja yang terdekat dan nyanyikan lagu "Seroja" dari Jamal Abdillah. 


Sekali lagi. Kasymir selamatkan dunia.








note: setelah habis menulis baru aku sedar akan kehilangan watak2 penting secara tiba2. maaf. aku malas nak edit. btw. untuk pengetahuan pelajar bukan medikal bypass surgery adalah mustahil untuk dijalankan seorang diri apatah lagi di restoran mewah. lastly, aku tinggalkan quote dari lecturer aku.


" We are not here to create a pseudohero. We are here to create safe doctor" Dr. Ramesh.























Posted by Kasymir at 2:13 AM 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

About Me

Kasymir
View my complete profile

Jumlah Stalker

Labels

  • awkward (1)
  • babies (1)
  • bayi (1)
  • chemistry (1)
  • kelas (1)
  • kelebihan (1)
  • kuasa (1)
  • rep (1)
  • spiderman (1)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (2)
    • ▼  March (1)
      • Situasi Imaginasi 2
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

Pengikut Setia

Powered by Blogger.
 
Copyright (c) 2010 Lamunan Halimunan. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes