skip to main | skip to sidebar

Lamunan Halimunan

Pages

  • Home

Tuesday, February 21, 2012

Situasi Imaginasi

INTRODUKSI


Heyyyy....


Ketika masih kecil, aku punyai satu fantasi. Mencipta sebuah kereta terbang. Kini aku sedar. Itu salah satu   fantasi bodoh. Kini setelah menjadi pelajar perubatan, aku punyai fantasi seorang doktor. Kamu tahu bukan! 


Bukan! Bukan! Bukan itu wahai pembaca lelaki! Fantasi untuk menyelamatkan manusia di khalayak ramai. 


YA. YA. HAHAHA (serius...penulis tergelak sendirian ketika menulis ini) 


Aku rasa ramai pelajar perubatan seperti aku juga bukan. (note: maaf bukan pelajar perubatan. Kamu tidak akan pernah faham. Shoosh shooosh. Sila beredar dari blog ini sekarang. ). Untuk menulis ini, aku terpaksa menyelami "subconscious mind" aku. Tepaksa bersatu dengan alam. Jadi wahai pembaca,  enjoy!


(nota: ini adalah satu entri yang panjang. maaf. penulis syok sendiri)


BAB 1


Malam itu, bukan seperti malam biasa. Bukan kerana tiada bulan atau bintang. Bukan kerana angin bertiup dengan kencang. Cuma malam itu berasa lain.Ya lain. Seperti ada kuasa yang menghalang daripada aku menjejaki dapur. Mungkin lembaga hitam. Mungkin jelmaan binatang buas. Atau mungkin, aku malas nak masak dan aku sedang membuat alasan yang tidak munasabah. Wahai para pembaca, yang akhir itu aku kira adalah yang paling tepat.



Jadi, tanpa membuang masa, aku membuat keputusan untuk makan di luar. Di restoran mewah yang terletak di puncak bukit sebuah pulau yang terpencil. Pergh! Romantik gila.


PARA PEMBACA: " Apasal kau tak buat delivery jer?  Kata malas lar! Lembaga hitam nak gigit kau lar! Kau nak keluar boleh pulak! Dekat puncak bukit! DEKAT ATAS PULAU TERPENCIL PULAK TU! Tak logik lar cerita ni!  Tak logik! Blah lar dari blog ni!”




PENULIS: " Banyak songeh lar kau! Kau nak logik kau baca surat khabar Metro lar weyh! "


Setibanya aku di perkarangan restoran mewah, temanku sudah menunggu dengan khusyuk. Mungkin sedang berzikir aku kira. AHAH. Lupa pula aku. Ya. Temanku. Kami berkenalan di twitter tidak lama dahulu. Kami pernah berselamat pagi bersama-sama. Kami pernah sembang Justin Bieber. HAHAHA. Waktu-waktu indah. Siapa lagi kalau bukan. *Drumroll please*. Cik Elfira Loy.


“Hey, lama dah sampai?” aku, menegur seperti remy ishak.


“Agakla. Tadi bertolak lepas subuh.Takut lewat. Yela, kena naik bot kan. Lepas tu kena hiking lagi ke puncak gunung. Haha. Habis sakit-sakit badan.” katanya, sarkastik.


Aku diam sahaja. Mungkin aku lupa beritahu, aku doktor. Doktor ada helikopter.




Yup...di puncak bukit. Di atas pulau terpencil.




" El, awak nak makan apa?" aku menegur, sekali lagi, seperti remy ishak.


" Big Mac !" jawabnya ringkas.


" Huh! Urm...El, ni bukan mcD. Ini restoran mewah di puncak bukit di atas pulau terpencil. Ini semua eksklusif. Mana ada big Mac semua tu. "


" Alah, nak Big Mac jugak!  Saya penat-penat naik bot ,hiking berbelas jam macam man vs wild awak cakap kedai mewah ni tak ada big Mac. Tak kira. Saya nak Big Mac jugak."


" Baiklah, kalau macam tu, saya nak spicy mcChicken! "


Ya benar. Fantasi seorang doktor aku melibatkan aku bergaduh dengan Elfira. Ini semua crucial part dalam imaginasi aku. 

Namun ketika itu, disegenap ruang restoran, kekecohan berlaku.


"TOLONG- TOLONG!" suara datang dari seorang aunty. 


"El, awak sure awak tak nak order happy meal sekali dengan big Mac? " 


"Boleh jug- Woah! Tengok! Orang tu macam tercekik"


" Awak jangan merepek lar El, awak bukan doktor. Suka hati awak je diagnose orang tu terce- WOAH"


Pantas aku sepak meja makan kami dan jatuhkan kerusi dan terus bergegas ke tempat kejadian. Sahaja aku sepak meja dan jatuhkan kerusi, buat-buat kecoh, untuk memberitahu mereka, aku sedang datang. Macho bukan!  Aku terus genggam erat, posisi heimlich maneuver. Ini adalah untuk mengeluarkan partikel asing dari ruang pernafasanya. Aku tidak mahu pergi lebih terperinci. Ini semua hal-hal medikal. Kamu semua tidak akan faham.


Heimlich Maneuver.

Aunty jerit sedang pandang tepat ke arah aku. Mungkin pelik kerana lelaki kacak mana entah sedang menodai anaknya. Jika difikir balik, bukan aunty itu sahaja yang pandang ke arahku. Semua pelanggan restoran sedang pandang ke arahku. Mereka telah membuat bulatan di mana, aku dan remaja tercekik sebagai tarikan utama. Dengan kata lain, aku seperti rockstar. Remaja tercekik sebagai gitar. Ketika semua sedang senyap memerhati. Aku berkata dengan tenang. Ayat yang memang tak sabar-sabar sangat aku nak cakap:

" Dont worry everybody, Im a Doctor"


WOOT! WOOT! Legend gila. (sambil mengangkat jari telunjuk ke udara)


Kedengaran keluhan lega para pelanggan. OK. Aku menggenggam erat tangan aku, dan cuba mengenakan daya dengan forward upthrust motion. (posterior superior motion of hand). Ini semua term-term medikal. Jangan cuba-cuba buat faham. 


"DIAM SEMUA! I need  a complete silence to do this procedure! " aku jerit. Sahaja aku jerit walaupun mereka sudah diam. Aku nak tunjuk aku yang kawal situasi ini. Bukan mereka. Macho bukan. Woot Woot.




*PUSH*PUSH*PUSH* 


*BWEKKKK*




Objek-objek asing dimulutnya keluar seperti hujan. Kelihatan seperti ikan bilis, telur dan gumpalan nasi.  Ianya nasi lemak. Semua, pelanggan restoran tepuk dan bersorak gembira. Hahahahaha. Dah lama aku tunggu semua ini berlaku. 




Sekali lagi, Kasymir selamatkan dunia.






TAMAT.






ps: kalau rajin, saya buat sekuel. 































































Posted by Kasymir at 7:20 AM 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

About Me

Kasymir
View my complete profile

Jumlah Stalker

Labels

  • awkward (1)
  • babies (1)
  • bayi (1)
  • chemistry (1)
  • kelas (1)
  • kelebihan (1)
  • kuasa (1)
  • rep (1)
  • spiderman (1)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (2)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (1)
      • Situasi Imaginasi
  • ►  2011 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

Pengikut Setia

Powered by Blogger.
 
Copyright (c) 2010 Lamunan Halimunan. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes