skip to main | skip to sidebar

Lamunan Halimunan

Pages

  • Home

Monday, June 20, 2011

Pertemuan di kedai serbanika!


Hari itu hari yang panas. Sudah bermacam-macam cara aku lakukan untuk menghilangkan kepanasan yang terlampau ini. Kipas sudah dipasang pada tahap enam namun peluh masih menitik. Hari yang panas ini membuatkan tekak aku kering dan menagih air kotak (perisa teh kundur). 




"Hey Arif apa pasal panas sangat." aku bertanya walaupun aku pasti jawapannya merapu.

"Alah, buat tidak tahu pula....kau kan HOT jadi kepanasan kau akan ditransferkan secara radiation kepada tubuh badan kau menyebabkan kau rasa panas...duh..takkan itu pun kau tak tahu." katanya dengan penuh riak....dengan wajah yang tidak riak. Aku kagum,  jawapannya kali ini munasabah.

"Jom pergi Exigences (kedai serbanika), aku nak beli air kotak lar" aku berkata dengan wajah yang biasa.

"Dengan (atau dengar....aku selalu keliru antara dua perkataan ini) satu syarat...please lar jangan berwajah biasa...kau meradiasikan kepanasan ke arah aku" ujarnya sambil melindungi wajahnya dengan tangan. Pasti pedih matanya aku kira.

"Maafkan aku, aku cuba ubah reaksi wajah aku menjadi lebih tidak menarik...lebih baik sekarang..jom"

Exigences lengang ketika itu. Cuma aku, Arif, orang exigences dan......*___*

 Seriously, apahal time-time macam ini dia ada...ugh...time aku nak test teh kundur lah dia ada...setakat duduk dalam kerusi tolak kau tak payah datang exigences lar bhai...

Ouh..aku cakap pasal apa. Aku cakap pasal musuh ketat dalam aku dalam bersosial, BAYI...

Bayi ini menggharapkan wajah gedik anda.


Seriously, apahal time-time macam ini dia ada...ugh. Aku bukannya benci sangat dengan bayi tetapi 'pengalaman mengubah keadaan'.(bagi para pemuzik indie, aku izinkan korang menggunakan ayat tersebut sebagai tajuk lagu).

Macam ni lah senang cerita, aku merasakan setiap bayi didunia ini mempunyai alahan semacam terhadap wajah aku. Tengok sahaja muka aku mula lar nak terberak lah nak nangis lah. Aku selalu memikirkan yang mereka buat-buat menangis kerana dengki akan wajah aku yang jauh lebih comel dari mereka. Aku bukan diminta jadi begini.

 Bukan tidak pernah aku cuba berbaik dengan mereka. Pernah beberapa kali aku cuba membuat muka gedik-santai ala-bucuk-bucuk demi mentertawakan bayi (melanggar prinsip lelaki sejati) namun, bayi itu hanya pandang tepat ke mata aku dan merobek-robek maruah aku sebagai seorang lelaki. Sumpah kalau bayi tu boleh berkata (atau memang betul dia berkata dengan menghantar telepati) , dia akan cakap "Tu je kau boleh buat bro. Nak muntah aku.", "Muka kau semacam penagih ada hati nak menggelikan hati aku" dan disusuli dengan lakonan bertaraf dunia saya-nak-berak lalu menangis teresak-esak. Kesimpulannya, dimana ada saya, disitu ada bayi....yang menangis teresak-esak...dan hendak terberak



bayi ini berusaha keras cuba menghantar telepati.


"Ok bertenang bro. Startegi baru. Lari ke peti ais, ambil air teh kundur, lari ke kaunter, bayar air teh kundur, balik hostel, HAPPY. (Reminder: Elakkan sebarang eye contact!)" pesan minda bawah sedar aku.

Semuanya berjalan dengan lancar cuma bahagian kritikal sahaja. Harus diingatkan bayi itu berada di sebelah kaunter. Hendak membayar teh kundur juga haruslah di kaunter. Takkanlah di bahagian aiskrim pula. Aku dengan muka selamba badak membayar teh kundur dan nak beredar sahaja dari situ. Aku kira aku sudah hampir berjaya......sehingga....partner aku, Arif buat hal. Lambat pulak dah dia di kaunter mengeluarkan wang (atau mencari barang aku lupa.)

Hal itu menyebabkan aku dan bayi itu berseorangan. Dan untuk membuat perkara menjadi lebih buruk aku terbuat eye-contact dengan bayi. Sekarang bayi itu mengharapkan reaksi gedik dari aku (sekali lagi melanggar prinsip lelaki sejati)...argh.. lebih tepat lagi reaksi gedik seorang lelaki tegap. Dang, aku sudah terperangkap. Mungkin anda pernah laluinya, perasaan awkward (canggung menurut google translator) apabila anda harus berinteraksi dengan bayi walaupun tiada yang memaksa apabila berdepan dengan bayi. Seperti ada hukum anda wajib melayan bayi. Haish....takkan nak buat wajah mangkuk jamban sahaja.

"Pengalaman mengubah keadaan." Aku pantas memilih rutin "penculik kanak-kanak"(berlakon untuk mencuri kanak-kanak atau bayi) untuk berinteraksi dengannya. Hari itu aku buat rutin ini pada kanak-kanak (bukan bayi) makcik aku dan aku menerima gelakkan besar dari mereka (bangga gila). Mungkin rutin ini akan berkesan!.

Dengan wajah aku  dikerutkan seperti penculik bayi, aku meluruskan jari aku supaya nampak macam senjata, aku gelak jahat (he..he..he..) dan aku sebut saya nak culik awak!!

 dan aku sebut..........KUAT-KUAT....

 Bengapnnya aku.

Ini adalah pisau: imaginasi saya dan bayi.


Bayi itu juga seperti bayi yang lain buat muka hendak terberak dan mula hendak menangis. AWKWARD.

Orang exigences (ibubapa bayi) juga pandang tepat ke arah aku....yang masih lagi berwajah penculik kanak-kanak tadi. Sekali lagi AWKWARD.

Aku dengan wajah masih penculik kanak-kanak pantas mencengkam teh kundur dan keluar dari exigences.

Sekali lagi, aku tewas di tangan BAYI. tahniah.



 ps: ini adalah cerita benar yang di-exageratekan untuk menyampaikan poin yang ingin disampaikan.(maksudnya sesetengah atau kebanyakkannya adalah imaginasi penulis..dan itu membuatkan aku penipu...im sorry..at least aku jujur)

pps: i love babies.


 








Posted by Kasymir at 8:04 PM 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: awkward, babies, bayi
Newer Posts Older Posts Home

About Me

Kasymir
View my complete profile

Jumlah Stalker

Labels

  • awkward (1)
  • babies (1)
  • bayi (1)
  • chemistry (1)
  • kelas (1)
  • kelebihan (1)
  • kuasa (1)
  • rep (1)
  • spiderman (1)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2011 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ▼  June (1)
      • Pertemuan di kedai serbanika!
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

Pengikut Setia

Powered by Blogger.
 
Copyright (c) 2010 Lamunan Halimunan. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes