skip to main | skip to sidebar

Lamunan Halimunan

Pages

  • Home

Sunday, May 22, 2011

TIPS EXAM 5M (edisi minit akhir)

Adakah anda berasa tertekan? Adakah anda berasa stress? Adakah anda terasa ingin sahaja menyepak rakan sebilik anda? Jika, jawapan anda YA bagi semua soalan diatas, TAHNIAH....minggu depan anda EXAM. (Jika jawapan anda TIDAK bagi semua diatas sila berambus dari blog ini). Aku tahu, rata-rata kamu yang sedang membaca ini bukanlah golongan yang genius. Jadi, sebagai veteran exam selama 12 tahun aku berikan Tips 5M Untuk Survive Exam (last minute edition). Apa kita tunggu lagi...(ouh nak cari kertas dan pen).....sudah bersedia...mari kita terjah bersama-sama...

1.Menyedari

Masih ingat lagi....awal-awal sem kita berazam akan study awal-awal....kononnya tidak mahu lagi jadi seperti sem lepas....kononnya nak prepare untuk exam awal-awal....kononnya nak dapat pointer lebih tinggi dari crush kita supaya dia notice kita.....setelah satu mid sem berlalu.....konon hanya tinggal konon....Step pertama dalam step 5M ialah menyedari...Menyedari bahawa anda sudah terlambat....menyedari bahawa exam esok dan anda still ada 12 chapter nak cover...menyedari bahawa anda bukan Justin Bieber yang tak payah amik exam....cukup-cukuplah jika anda rasa anda masih mampu cover 12 chapter dalam satu malam....itu semua lawak spender....
Lawak spender is not funny Mr Bush.
 
Realitinya, anda semua sudah TERLAMBAT.....jadi anda harus menyedari anda TERLAMBAT...reda sahaja dan terima anda TERLAMBAT...jangan bongkak dan tidak puas hati lalu naik moto dan simbah asid ke muka orang.....jadi untuk menamatkan proses Menyedari......anda harus jerit ESOK SAYA, *masukkan nama anda*,EXAM DAN SAYA SUDAH TERLAMBAT.......tahniah anda berjaya melepasi step pertama

2.Memutuskan

Jadi anda sudah menyedari kebodohan anda....bagus....sekarang anda baru gelabah nak belajar....baru  sahaja mengambil buku, anda menerima text dari rakan anda:

“Weyh,aku buhsan lar, jom terlibat dalam aktiviti maksiat ringan”

ANDA (monolog dalaman): Apa kejadah member aku ni nak ajak buat maksiat ringan...tak tahukah mereka aku ingin belajar untuk peperiksaan esok...

5 minit kemudian........
“OK”

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari tarikan-tarikan untuk membuatkan kita terpesong dari matlamat utama....jadi untuk menamatkan semua perkara karut ini kita harus memutuskan segala perhubungan dan bentuk teknologi.....cara yang paling mudah ialah dengan deactivate facebook, off handset, kurung diri anda dalam bilik, tulis surat, ambil tali gantung dan.(oops..my bad....ini tips untuk melupakan kekasih lama). Anda faham-faham sahajalah cara untuk memutuskan komunikas.....aku beri masa 5 minit.....*5 minit kemudian*...Jadi anda sudah memutuskan segala perhubungan dan komunikasi anda.....Tahniah!!

3.Menyepot

Kini, anda dan buku anda akan tiada gangguan lagi. Namun begitu, anda masih lagi berada pada tahap kebodohan yang sama seperti anda mula-mula berada pada step 1 tadi. Jangan melawan, mengaku sahaja anda bodoh. Bagus. Step ke3 adalah menyepot. Ramai pembaca yang berfikirkan ayat ini  tidak wujud dan hanya rekaan penulis sahaja. Anda betul. MENYEPOT. Menyebutnya sahaja membuat anda semakin hodoh. Teknik Menyepot ini adalah teknik belajar secara spot . Kekangan masa membuatkan anda terpaksa belajar apa yang lecturer anda hintkan sahaja. Kadang-kadang lecturer anda dengki, jadi anda tidak akan dapat hint. Kadang-kadang lecturer anda baik, bagi hint.....tapi hint yang salah.  Jangan risau, anda mintak sahaja spot dari rakan anda di kelas lain dan banding-bandingkannya. Kenal pasti mana yang sahih dan palsu. Kebiasaannya, setelah dikumpul soalan spot-spot ini, anda akan dapat tahu bahawa mereka mempermainkan anda...anda masih harus belajar satu buku...pada masa ini....anda sedar anda masih bodoh seperti ketika langkah 1.
Siot....soalan spot yang aku dapat semuanya bohong belaka.

4.Meminta

Anda sekarang  sudah berada pada stage ke 4 proses 5M di mana anda pada tahap yang lebih bodoh dari mula-mula anda membaca post ini. Buat masa ini, tiada apa yang membantu anda jadi step ke4 ialah Meminta. Meminta bukanlah maksud anda meminta wang mak bapak anda untuk digunakan berjoli dan meneguk minuman keras kerana frust ditipu soalan spot. Sebaliknya, anda Meminta pertolongan Allah S.W.T supaya dipermudahkan soalan exam (pergh....insaf tidak wahai pembaca). Perbanyakkan, solat sunat hajat, manalah tahu hajat anda bahawa exam dibatalkan kerana hujan lebat dimakbulkan. Alang-alang sudah meminta hajat, lebih khusyuk jika disertakan dengan taubat. Ingat lagi segala maksiat ringan yang dilakukan ketika bersendirian di dalam bilik ketika hari sejuk......bertaubatlah. Moga-moga dengan step yang keempat ini anda mempunyai lebih banyak peluang untuk terselamat exam.

5.Menggangu

Anda dah lakukan semua step....tetapi anda masih lagi merasakan diri anda tidak berguna. Namun begitu, anda masih lagi mempunyai satu lagi step terakhir....killer step. Mengganggu. Pada tahap ini, tidak guna lagi anda belajar. Baik anda menonton AF 9 lagi bagus. Namun begitu, apa yang lebih bagus adalah mengganggu rakan anda yang gigih belajar untuk exam esok hari. Biar ramai-ramai rakan anda tersungkur bersama anda. Nanti, jika bapa anda tanya “apahal result kau macam papa lahirkan kambing sahaja??” anda boleh dengan defensivenya menjawab “alah papa, kawan abang semuanya dapat result macam lembu.” Sejuk sikit hati papa nanti. Skill yang paling hebat untuk mengganggu adalah pergi ke rakan anda dan dengan selambanya berkata “kau dah terlambat” berulang kali sambil membuat muka konfiden dah habis study. Anda juga boleh mengutarakan fakta-fakta salah kepada rakan anda bagi mengelirukannya. 


 Kini, sudah tamatlah program Exam 5M (edisi minit akhir). Anda pasti berasa lebih yakin untuk menjawab exam yang akan datang setelah membaca ini. Jika anda masih ada keraguaan, jangan gusar. Masih ada satu lagi M .

MENIRU. Ini tidak perlukan penjelasan bukan.

 

Posted by Kasymir at 8:32 AM 2 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, May 2, 2011

Pujian Pertama

Ahoy..pembaca sekalian...kamu disana apa khabar?? Harap baik-baik sahaja...aku dan keluarga aku disini sihat walafiat....cuaca yang cerah hari ini sungguh cerah dan membuatkan jari aku bergerak-gerak gatal hendak mencari punat-punat keyboard untuk ditekan...(haish...apa yang aku merepek nih..get a grip bro)...

Urgh...maafkan aku...skill pendahuluan  aku semakin kurang hajar setelah lama tidak menulis...kita cuba sekali lagi...

Selamat sejahtera semua...you all macam mana??...my family and i sehat jer...hari ini cerah bukan??...so i terasa macam nak tekan-tekan jer keyboard-keyboard yang cute tuh....tapi i penat lar...tak kuasa i layan nafsu i nih...tapi i still kena taip post baru kan...nanti orang cakap apa..so terimalah..

Yes...pendahuluan ini sejuta kali lebih baik

Kamu semua pasti tertanya-tanya mengapa aku sudah lama tak post entri yang baru....ada yang membuat spekulasi yang aku sudah hilang minat menulis blog...ada juga yang membuat spekulasi yang aku memotong rambut, jual rambut dekat e bay, dating dengan awek cute, buat movie dokumentari, dan datang malaysia buat konsert sampai 16 000 orang datang... spekulasi pertama adalah benar....spekulasi kedua juga benar.......*insert awkward silence here*...............kalau aku adalah Justin Bieber...(Never say Never)

okay....tak kelakar...

OH ya...aku sudah hilang minat terhadap blog...bukan pasal aku ada writer's block atau aku tidak ada masa...cuma aku rasa sudah ber-GAZILLION blog di luar sana...rakan-rakan facebook juga kebelakangan dua bulan ini sibuk mempromote blog masing-masing di facebook...dan sudah tentu aku sebagai remaja yang cool secara automatik akan pretend tidak membaca blog mereka...kecuali yang gila-gila cool dan yang ehem ehem..(macam blog aku)...korang faham maksud aku bukan...aku pernah juga curious gila dan ter-accidentally klik random blog dan baca apa yang dipostkan...some are informative...but a lot are.....korang faham maksud aku kan....yang peliknya followers mereka lebih banyak dari aku.(Say what??)..Selepas dua post blog aku, aku rasa mcam aku syok sendiri...so better aku dengar lagu beatles atau berzikir di masjid berdekatan.....

READERS:" Eleh, cakap jer tak minat lah...syok sendiri lah...better dengar lagu beatles lah...tapi post jugak entri baru....apa motif u hah??...u jangan nak mainkan perasaan we all ok "

Wouw...wouw...sayang, u dengar dulu ok??

So...pada 2 hari yang lepas..aku menerima twit yang mengejut berbunyi begini..

dodiyoko
@syamirsyamir weyh syamirsyamir tu blog kau kan?haha,funny,keep writing new post la dude.sumpah aq ske bce.haha
 
MuAHaHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....sejurus menerima twit ini aku gelak bersendirian...aku tahu blog ini awesome tapi tak sangka.....ada orang baca

Tetapi...aku masih menggedik untuk dipuji lagi jadi aku send satu twit lagi....buat-buat macam innocence tanya dia adakah ini betul....atupun prank semata-mata...so dia send ini

dodiyoko 
@syamirsyamir sumpah,klaka lah weyh blog ko.aq ni xpuji blog org.tapi buat kali pertama,wa mesty tabik lu punya blog.
 
MuAHAHHAHAAHAHHA....aku gelak lagi...tapi kali ini dengan lebih ekstrim...this tweet make my day..

So, sebab itulah aku post entri yang agak membesarkan ego aku ini...bila orang cakap blog aku entah hapa-hapa aku boleh send link post nih...oleh sebab kerana twit yang 'not more than 140 characters'....berjaya mengembalikan nafsu ingin memblog kembali...sekarang aku tidak kesah kalau ramai orang tak nak baca(ok aku kesah) tapi jika ada post aku yang buat orang tergelak...aku seorang lelaki yang gembira....

Entri tamat...semoga anda mengisi ruang entri ini dan entri akan datang dengan perkara berfaedah....

ps: entri ini didedikasikan kepada Dodiyoko, Thanks Again
Posted by Kasymir at 2:27 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

About Me

Kasymir
View my complete profile

Jumlah Stalker

Labels

  • awkward (1)
  • babies (1)
  • bayi (1)
  • chemistry (1)
  • kelas (1)
  • kelebihan (1)
  • kuasa (1)
  • rep (1)
  • spiderman (1)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2011 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (2)
      • TIPS EXAM 5M (edisi minit akhir)
      • Pujian Pertama
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

Pengikut Setia

Powered by Blogger.
 
Copyright (c) 2010 Lamunan Halimunan. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes