Aku hampir tidak mahu menulis entri ini...tetapi bila difikirkan masak-masak, aku masih tidak mahu menulis entri ini...namun begitu, apa salahnya aku menaip...bagi pengajaran kepada kamu kaum lelaki..
Ianya bermula apabila perasaan rindu yang membuak-buak terhadap ahli keluarga mula memuncak ke tahap klimaks....mana tidaknya sudah 3 minggu aku tidak berjumpa dengan mereka (maaf...ia lebih kepada 3 hari....SO WHAT kalau aku tipu sikit...at least aku jujur). Sebagai anak yang soleh, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah...dari perantauan ke tanah air...dari utara ke selatan...aku pulang ke Malaysia...(lebih spesifik lagi-dari Shah Alam ke Kajang).
Terdapat 3 pilihan untuk aku pulang ke kampung halamanku...menaiki bas, menaiki ktm, menaiki teksi ataupun menunggang kuda belang...oleh kerana aku agak tidak menggemari menaiki ktm (kerana koc wanita disediakan dan tiada koc lelaki-VERY THE RACIST) dan kuda belang agak sukar diperolehi...aku memilih untuk menaiki bas...pilihan yang bergaya aku kira...
"Dunia lihatlah aku!!"aku ujarkan secara monolog ketika membayar tiket bas seranas. Bas itu agak kelihatan seperti bas.( Apa yang aku merepek ini). Aku memilih seat di sebelah tingkap supaya mendapat efek lelaki yang kool. Destinasi adalah ke seksyen 2,tetapi yang menaiki bas itu seperti hendak pulang ke Jakarta. Begitu banyak poser-poser Baim Wong dan Ariel Peterpan berlagak seperti bas itu feri pulang ke indonesia. Di mana rakyat Malaysia yang lain??
Sesampainya di seksyen 2, aku terpaksa menukar bas Rapid untuk pulang ke Kajang...lainlah kalau aku hendak ke lorong Haji Taib dan ringan-ringan (walau apa pun maksudnya)... Alangkah indahnya dunia ini apabila bas rapid U80 kelihatan kekosongan...ini bermakna aku tidak perlu menggunakan kemahiran gimnastik aku mengimbangi badan ketika berada di atas bas...syukur...
Aku kira hari itu hari bertuah aku...bas yang aku naiki tadi tidak putus-putus dinaiki wanita...HEAVEN...wah ade juga yang curi-curi pandang...payah sungguh menjadi lelaki kacak...wah makcik disana mahu juga...
Tunggu sebentar....kenapa semua wanita pandang pelik nih...??
Makcik, kenapa makcik pandang macam tuh!!...saya ada buat salah ??...Argh mata makcik....adakah itu...PANDANGAN MEMBUNUH...argh tolong berhenti....tolong mak cik...tolong
DAMMIT....baru aku teringat...sekarang nih ade bas rapid untuk wanita...URGH...apa aku nak buat
"Relax bro, maybe kau je yang perasan ini bas wanita, mana ada sign pink tuh"aku cuba menipu diriku sambil mataku mencari tanda pi-DAMMIT...kat depan mata aku je...URGH...sekarang aku berasa bodoh..
dengan jelingan makcik yang tajam itu...aku sudah tahu takdir aku di dalam bas...aku akan dikira agak bertuah jika dapat keluar dari bas dengan selamat...maafkan aku rakan-rakan...jika aku tidak pulang...aku wakafkan gitar eletrik aku ke surau terdekat....
Kamu paham-paham sahajalah apa yang berlaku selepas itu

