(post ini ditulis ketika blackout)
Hai semua! AHAH. Pasti terkejut bukan. Tidak? AHAH! Masih tidak terkejut? Lantak kamulah.
Untuk mengelakkan daripada melakukan perkara tidak senonoh malam ini, saya membuat keputusan untuk membuat FAQ (frequently asked question) kepada pembaca baru bertujuan untuk mengelakkan penulis daripada menjawab soalan bangang dari pembaca (Kita tahu-tahu sahajalah demografik pembaca blog ini). FAQ ini adalah berdasarkan bancian soalan lazim yang diterima penulis (yang sudah tentu berdasarkan imaginasi penulis).
FAQ
Bagaimana caranya untuk saya mengakses blog ini?
Ini memang soalan bodoh bukan. Bagaimana anda memasuki blog ini? Jikalau anda sedang membaca blog ini sudah tentu anda sedang mengakses blog ini. Haish!
Adakah blog ini menjual pakaian sukan terpakai?
Tidak. Maafkan saya.
Adakah blog ini, contohnya dalam masa terdekat ini, dalam linkungan 2 minggu ini, akan menjual pakaian sukan terpakai?
Tidak.
Ok. Silap saya. Macam mana hendak beredar dari blog ini?
Setiap manusia melakukan kesilapan. Jangan minta maaf. Awak klik sahaja tanda pangkah di bahagian atas kiri monitor awak. Jangan risau, jangan takut. Saya tidak main santau.
Adakah blog ini popular?
YA.
Seriously! Blog ini popular? JANGAN TIPU !
TIDAK. Tapi last blog post saya mencecah 10 like.
Itu tidak mengagumkan saya! Lain kali kamu jangan menipu!
Baiklah.
Benar penulis masih menetap di Kajang?
Tidak. Saya sudah lama menetap di Bangalore, India.
Apa yang penulis buat di India? Yoga? hahaha (sambil gelak ke arah monitor)
Awak pembaca yang pelik. Saya adalah pelajar perubatan, tahun pertama. Sama sekali tidak terlibat dalam jenayah seludup daun kari. SERIUS.
Adakah dengan membaca blog ini saya akan memiliki teman wanita/teman lelaki?
Sudah tentu. Tiga kali seminggu. Gerenti.
SERIOUS ?!
Tidak. Saya bergurau sahaja.
Itu tidak kelakar kawan!
Maafkan saya.
Awak rasa blog awak mampu mengubah dunia? Mencipta revolusi baru?
Awak ini berbicara seperti orang politik yang gilakan kuasa. Tidak. Blog saya bukan blog Spiderman.
Apa pandangan awak tentang Paramore?
Mereka hebat. Saya minat mereka. Tapi tak bermakna saya tidak solat subuh pada pagi hari. Subuh jangan ditinggalkan.
Rumah awak masih blackout lagi?
Tidak. Nampak gayanya sampai sini sahajalah. Selamat tinggal.
Lagi satu soalan. Adakah awak dan Elfira Loy kawan?
Ya. dan tidak. Ianya complicated!
![]() |
| YA Blackout.. |
INTRODUKSI

| Its complicated. |